BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 4 September 2011

Sahabat, kamu adalah yang terindah


Sahabat, kamu adalah yang terindah
melihat wajahmu menghilangkan gundah
mendengar bicaramu memadam gelisah
hanya gembira dan bahagia
yang terwujud dalam jiwa hamba

sahabat, kamu adalah yang terindah
bersamamu ibarat di dalam syurga
bersenggang denganmu seakan terlontar ke neraka
kita bersama dan bersama
itu membuatkan aku ceria

sahabat, kamu adalah yang terindah
erat denganmu membawaku kepada Ilah
duduk denganmu membuatkan aku berada dalam biah solehah
Hadirmu dalam hidupku adalah hadiah
hadiah terindah daripada Allah Subhanahu wata’ala

Sahabat, kamu adalah yang terindah
cuti ini mungkin waktu kita berpisah
tetapi ketahuilah bahawa dengan iman kita takkan berpecah
walau kau jauh di hujung dunia dan aku di sudut sebelah sana
cinta kita takkan punah

Sahabat,
kita teruskan hubungan kita dengan doa
dalam setiap angkatan tangan dan sujud kepada Allah
namamu akan kusebut tanpa lupa
tanda cintaku padamu yang tidakkan musnah

Sahabat, kamu adalah yang terindah
Dan aku ingin kita berpimpin tangan ke tempat bernama Jannah
yang mana tiada cuti yang mampu memisahkan kita di sana
abadi, kekal selama-lama.









0 comments: